Monday, August 31, 2009

1MALAYSIA - MERDEKAA!!

SELAMAT HARI KEBANGSAAN MALAYSIA KE-52
Negara kita Malaysia sudah merdeka kali yang ke 52 tahun ini...Kita pula bagaimana? Adakah diri kita juga telah merdeka?
Sempena Hari Kemerdekaan Malaysia jatuh dalam bulan Ramadhan tahun ini, marilah sama-sama kita merdekakan diri kita dari segala perkara yang dilarang oleh Allah S.W.T. Rebutlah peluang untuk memohon ampun dan taubat dari Allah agar dibersihkan diri dari segala dosa.
Semoga Ramadhan yang dijalani ini dapat mendidik jiwa kita menjadi tabah dan sabar disamping merasai kemanisan dan Rahmat dari Allah.
MERDEKAA..!! MERDEKA..!! MERDEKA..!!

Saturday, August 29, 2009

SALAM RAMADHAN al-MUBARAK

Selamat Menyambut bulan penuh barakah..
Rasanya belum terlambat lagi kami sekeluarga ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan..Semoga kehadirannya disambut dengan penuh keazaman dan kesyukuran untuk beribadah ke hadrat Allah S.W.T...Ramadhan KAREEM...
Awal Ramadhan RAHMAH
Pertengahan Ramadhan PENGAMPUNAN
Akhir Ramadhan DIJAUHI DARI API NERAKA

Arfa Hamiema demam...:-(

Inilah wajah sayu dan tidak bermaya puteri kesayangan kami Arfa Hamiema selepas di enjet di Hospital Alor Gajah pada pagi 26 Ogos 2009..Arfa kini genap 2 bulan atau 61 hari...Arfa sering merengek-rengek sepanjang hari mungkin tak sedap badan agaknya nak demam...
Seharian kami mengadap Arfa..Tepat waktunya kami bagi Arfa ubat demam dengan harapan demam Arfa tidak berlarutan berhari2..Sehinggakan malam tu, umminya tidak bertarawikh dan bertadarus di surau takut Arfa meragam dok dengan mak usunya..
Alhamdulillah...keesokkan harinya Arfa bangun dengan senyuman manja seperti sebelum-sebelumnya..Arfa nampak macam dah sihat..Syukur Alhamdulillah..Arfa senang makan ubat. Hari ini walaupun Arfa tampak sihat sikit, ummi dan babanya masih lagi bagi ubat kat Arfa agar biar betul2 sihat dengan izin Allah...
Waktu subuh selalunya Arfa bergerak aktif dan berinteraksi(dengan bahasanya laa..) dengan orang sekelilingnya diselangi senyum ketawa(dah pandai senyum / ketawa dah)... Jadi asyik mengadap dan melayan dia aje tiap2 pagi..tambahan pula sekarang nie school holiday pulak...hehe

Saturday, August 22, 2009

Kengkawan SK Tebong datang tengok adik Arfa..

Atuk Daud(Cikgu Daud) sedang mendukung dan memujuk Arfa Hamiema supaya tidak menangis..hehe. Orang lame dan banyak pengalaman..

Antara rakan sejawatan yang sering bersama dalam pelbagai pogram di sekolah..Cikgu Nuri Nasirah, Cikgu Asrul, Cikgu Daud dan Kak Alina..Ada lagi tapi mereka tak dapat datang..

Kak Alina dan famly(Afiq n abg Sahnum) mula sampai rumah diikuti Cikgu Nuri..
Terima kasih kami ucapkan di atas kunjungan rakan2 sehari sebelum menyambut Ramadhan al-Kareem..Selamat Berpuasa la yee...

Wednesday, August 19, 2009

Member maktab IPPM & SK Rumbia bertandang..

Ini antara kawan2 maktab Hawe yang datang bertandang melawat baby Arfa pada 15.08.2009..Mereka ialah Ustzh Wan(SK Belimbing Dalam) dan Ustzh Marina(SK Alor Gajah 1)

Selain mereka, ada juga rakan guru SK Rumbia datang..iaitu Kak Seha dan suaminya Cikgu Amiza(SK Lendu). Kak Habsah dan Haslina juga from SK Rumbia..

Terima kasih atas kunjungan kalian semua..and thanks a lot for our baby's gift..moga ukhuwwah mekar bersemi..


Permata hati kami..

Anak kesayangan kami Arfa Hamiema Helmirizal yang berusia 2 hari. ini dalam troli hospital sebelum check out dari Hosp. Melaka jam 3.45ptg

Arfa Hamiema berusia 4 hari..lena tido di sisi umminya di Taman Sri Kluang Johor

Dilahirkan pada 26.06.2009 bersamaan 3 Rejab 1430H pada pukul 11.45pagi di Hospital Besar Melaka..babanya orang Perak, umminya pula orang johor..hehe

Saturday, August 15, 2009

Pengalaman pertama yang mendebarkan

Salamz..

Tanggal 26 Jun 2009, aku dikejutkan seawal subuh oleh isteriku yang bangun dalam keadaan cemas. Isteriku menyatakan bahawa hari ini kandungan yang digendongnya selama 9bln 10 hari sudah ada tanda untuk keluar iaitu air mentuban dah pecah..

Hatiku bercampur baur antara cemas dan bersahaja kerana aku tidak menjangka langsung hari tu adalah saat yg ditunggu2. Doktor menjangkakan 28 jun, so aku pun masih dengan selambanya mandi n solat subuh dulu sebelum ke hospital. Isteriku pula sempat menggoreng nasi untuk alas perut pada pagi tue..

Sampai di Hospital Melaka hampir jam 7.15 pagi, aku terus ke Bahagian Kecemasan. Alhamduillah ada je orang yang menyambutnya seperti yang disaran oleh 'sister' semasa hadir kursus peneman hujung bulan 5 lepas. Urusan aku juga dipermudahkan Allah dengan tempat parking kereta kosong untuk aku..Hosp. Melaka nie memang terkenal dengan susah nak cari parking...

Aku bergegas ke Lavel room untuk melihat isteriku tetapi tidak dibenarkan masuk buat seketika. Kira2 jam 9.00pagi aku dipanggil untuk masuk ke bilik No.8. Sambil menemani isteriku yang menghitung masa, aku melihat jururawat mundar-mandir melihat bilik2 lain untuk menyambut kelahiran bayi. Lebih 5 6 bayi juga lahir sebelum isteriku. Jadi aku juga merasai keriuhan di dalam lavel room tue..

Dalam pukul 11.00 pagi, isteriku mula merasa sakit nak bersalin. Aku terus memangil jururawat. Berderau juga darah bila melihat isteriku macam tak berdaya nak meneran tapi kelibat bayi baru nampak rambut saja.Usaha punya usaha akhirnya tepat jam 11.45pagi cahaya mata pertamaku telah kelihatan keluar di depan mataku. Bayi tersebut adalah seorang puteri..Alhamdulillah..Terus aku ambil wudhuk untuk azan dan iqamahkan puteri kesayanganku...Aku melangkah keluar dengan rasa bersyukur dan bangga kerana aku kini bergelar "BABA"