Saturday, November 28, 2009

Arfa Cukur Rambut

Bismillahir Rahman nir Rahim...Asslamualaikum W.B.T
Pada pagi 25 November 2009, Arfa Hamiema telah dicukur rambutnye selepas Majlis Cukur Rambut yang diadakan secara rasmi pada 24 Nov malam. Berikut adalah beberapa gambar kenang-kenangan Arfa bercukur dan "kepala botak"..hehe
Haa..tengok tu, Arfa kene cukur rambutnye sampai menguap-nguap kengantukan. babanye cukur dengan berhati-hati pula supaya tidak ada luka..he
Alhamdulillah, akhirnye berjaya juga 'melicinkan' kepalanye..ciannye anak baba dan ummi nie..sampai terlolap pula..hehe

Tengok tu gelagat Arfa selepas bangun tido..bukan main riangnye dia bile nenek n mak ngah dukung dan bermain dengannye

Friday, November 27, 2009

Keluarga & Sahabat2 di Majlis Cukur Rambut Arfa

Sebahagian keluarga yang datang dari Kluang Johor

Best friend Hawe, Kak Seha bersama anak2nye Damia dan Wazif. Sebelah kanan sekali Nurul Nabila (anak buah Hawe)

Sahabat seangkatan kami, Khirman & Norly bersama puterinye Nawal Anissa

Alahai sopannye Emma dan Afzan makan..hehe. tu rakan Belia 4BSP

Hajar, Aisyah dan orang rumah Along pun ada..All them are member Belia 4BSP

Nie Cikgu Amiza (suami Kak Seha) dan bersongkok tu Ketua Belia 4BSP En Fairul Nizam @ Along

3 lebai dok belakang tu sahabat2 Jordan n Maktab IPRM. (Ust Tony, Ust Mahadi n Ust Zairul Aizan)
Terima kasih banyak2 wat sahabat2 yang datang memeriahkan majlis kami dan beri sokongan wat kami yang baru nak mula hidup sendiri..hehe

Thursday, November 19, 2009

Majlis Cukur Rambut Arfa & Doa Selamat

Orang pertama sampai untuk Majlis Cukur Rambut Arfa Hamiema dan Doa Selamat sempena masuk rumah baru kami di Taman Samarinda..Sempat lagi berpossing depan umah..hehe (member baik di SK Tebong Melaka).

Kumpulan Berzanji & Burdah Taman Seri Pengkalan memulakan majlis selepas selesai solat Maghrib.

Ust Hj Sabri mengetuai acara potong rambut Arfa sambil diiringi Selawat atas Nabi SAW
Antara juadah yang disediakan selepas selesai majlis
Sebahagian dari ahli Kumpulan Berzanji & Burdah yang menikmati makan malam.
Terima kasih kami ucapkan di atas kesudian hadirin/hadirat semua memeriahkan Majlis Cukur Rambut puteri sulung kami Arfa Hamiema Bte Helmirizal dan Doa Selamat..

Bersihkan rumah.!


Monday, November 16, 2009

Kursus Pengakap (Manikayu 3A)

Bismillahir Rahmani Rahim..Assalamualaikum W.B.T
Pada 6 hingga 8 November 2009 yang lalu, saye telah menghadiri kursus pengakap untuk melengkapi peringkat 3A di Kem Pengakap Bukit Katil Melaka. Tinggal 1 peringkat lagi iaitu 3B sebelum dianugerahkan "2 bit" manikayu..Tak ramai peserta kursus kali ini mungkin kerana ia diadakan pada penghujung persekolahan. Daripada 100 lebih peserta Manikayu Peringkat 1, kini hanya tinggal 30 orang sahaja..