Assalamualaikum WBT...
Pada hari Jumaat yang lalu (18.01.2013), kami dikejutkan melalui panggilan dari kakak iparku memberitahu yang ibuku akan dimasukkan di wad Hospital Alor Gajah kerana demam...Selang beberapa minit diberitakan yang ibuku dah berada dalam kereta ambulans untuk dihantar ke Hospital Besar Melaka...Dikhabarkan ibuku kena demam kuning yang agak kuat juga...
Sekarang (hari ke-3) ibuku masih lagi terlantar di Hospital Melaka...check up demi check up dibuat untuk mengesan ape punca sakit kuning tersebut...ade yang kata ia berpunca dari masalah hati...walau bagaimanapun keputusan doktor akan diketahui esok (Isnin)...Semoga ibuku dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa dipelihara Allah hendakNya....ameen