Sunday, October 25, 2009

Beraya di Rumah Faiez Ilham

Inilah sebilangan daripada rombongan dari SK Tebong yang singgah berkunjung di rumah terbuka keluarga Faeiz Ilham Abdul Malek di Repah. Rombongan ini baru sahaja selesai mengadakan Lawatan Marhaban rumah ke rumah murid2 SK Tebong...

Ziarah Aidilfitri 1430H





Selamat Kembali...Dah lame tak bukak blog

Bismillahir Rahman nir Rahim...Assalamualaikum W.B.T
Alhamdulillah, hari ini saye dah kembali aktif untuk meng'update' blog sendiri. Sudah hampir 2 minggu menyepi diri dari mula cuti Hari Deepavali hingga hujung bulan Oktober. Lepas je balik dari kampung Kluang, saye diserang sakit perut(cirit-birit) yang teramat-amat dan muntah2.. Hingga terpaksa ambil MC la x gi skulah..amat jarang sekali sye amik MC..hehe. Tak tau la salah makan ke ape..tp yg penting malam tu sye ada makan kat sebuah kedai di kawasan AG..(nama kedai tu dirahsiakan la)
Papepun Alhamdulillah saye dah sihat wal'afiat dengan izin Allah. Ok sebagai pembuka citer, di bawah tu gambar saye sebagai presenter pula untuk Teknik Kejurulatihan Bola Tampar untuk Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP 6) di SK Tebong Melaka. Bukannye hebat sampai memiliki sijil kejurulatihan, tapi sekadar berkongsi ilmu dan pengalaman bersama rakan sejawat..heheh

Saturday, October 10, 2009

Kunjungan sahabat2 Jordan di Aidilfitri

Pada 1 Oktober 2009 bersamaan 12 Syawal 1430H, 3 sahabat seangkatan di IKIP-Yarmouk datang berkunjung di Teratak ayah bondaku di Seri Pengkalan..Mereka sampai dalam pukul 9.00 mlm..aku yang suruh mereka datang lambat coz lepas isyak aku ada mesyuarat AJK Surau..hehe
Dorang nie je la yang dapat bersua muka selalu coz berkhidmat n tinggal di area Melaka..Ust Tony(berketayap putih) mengajar di MRSM Terendak, Khirman mengajar di Maahad Ahmadi Gemencheh dan Norly baru je pindah kat SMA(Jaim) al-Asyraf P.Sbg dari SMA IMTIYAZ di K.Terengganu

Nawal Aneesa Bte Abd Khirman permata sulung Khirman dan Norly..sekarang dah 10 bulan usianye..hem, comel tak? macam nak cubit2 je pipinye..heheh

Gambar kenangan aku sekeluarga bersama Tony, Khirman n Norly(dukung Aneesa) antara sebahagian sahabat2 yg susah senang bersama di IKIP Kuantan n Yarmouk Jordan..
P/s : Rindu nak jumpe dan berkumpul semula ngan sahabat2 IKIP - Jordan..34 orang (kini tinggal 33 shj) Mesti meriah ngan pasangan masing2 dan anak pinak..ahaks

Hadiah buat Arfa Hamiema

Salam Aidilfitri...Ini adalah hadiah untuk Arfa daripada keluarga anak murid SK Tebong iaitu Aida Nasirah dan Aida Najihah.
Yang ralatnye semasa mereka sekeluarga datang, aku anak beranak tiada di rumah kerana menghadiri jemutan rumah terbuka di Paya Rumput..rumah Kak Seha member Hawe di SK Rumbia. Nasib baik ada mak aku di rumah..kalau tak mereka datang jauh2 waktu malam tapi takde orang..
Terima kasih banyak2 wat Pn Azizah Bte Sadar, ibu kepada Aida Najwa,Aida Nasirah dan Aida Najihah serta rakan mereka Noor Jahan dan adik, Puteri Balqis kerana sudi menziarahi kami
sekeluarga...Maaf Zahir & Batin

Wednesday, September 30, 2009

Raya 2009 - 2 in 1 (KEDAH)

Berhenti rehat di Hentian Rehat dan Rawat(R&R) Tapah untuk mengisi perut dengan juadah yang disediakan dari rumah...Hem banyak juga juadahnye..laksa, mee goreng, ketupat n rendang(kerang, daging, ayam) dan kuih mueh...

Ini pula mak su dengan anak-anak buahnye...7 orang semuanye...awal tahun depan tambah lagi sorang..hehe. Kopak duit mak su kene kuar bagi duit raye pada anak buahnye...haha

Adik Arfa Hamiema dok bergambar ngan gengnye di Kg Merbok Kedah..sepupu Arfa

Ber'possing' 3 beranak di tepi air terjun Tupah, Merbok Kedah..Arfa hanye boleh tengok sepupunye mandi jer...sikit hari lagi dia pun turun padang agaknye...ahaks

Tengok tue...dah menggigil pun masih tak mau naik lagi dari berendam dalam air terjun tu...

Bermalam di Kuala Ketil umah mertua Abg Chik hasdi...ape lagi, kawasan sunyi tu budak2 nie bermain sakan la mercun dan bunga api...2 kotak juga abis malam tue..hehe

Sebelum berangkat pulang dari Kuala Ketil untuk beraya di Baling pula..
Bergambar kenangan sekeluarga dengan mertua Abg Chik dan familynye..

3 generasi..nenek, anak dan cucu dalam feri Penang untuk bermalam di Teluk Kumbar umah
Cu & Pak su...masa tu jam hampir pukul 12.00 tengah malam

Tuesday, September 29, 2009

Raya 2009 - 2 in 1 (JOHOR)

Salam Aidilfitri...Salam Lebaran dan Salam 1 Syawal 1430H kepada semua yang mengunjungi laman blog ini dan mereka yang mengenali diri ini secara langsung mahupun tidak langsung..
Aidilfitri tahun ini amat unik dan bermakna buat kami sekeluarga..Yang mana tahun ini kami beraya dengan kehadiran orang baru dalam hidup kami iaitu Arfa Hamiema..Yang uniknye pula, Tahun nie kami beraya 2 tempat dalam 1 masa(Cuti sekolah)..Di Kluang johor (umah Hawe) dan Kedah (kg Helmi)... Itu yang dikatakan Raya 2009 2 in 1..ahaks

Gambar kenangan sebahagian besar keluarga mertuaku di kampung Rengit (Rumah nenek)
Arfa bersama makcik, pakcik serta sepupunye sebelum berpisah menuju destinasi masing2
3 beranak sedondon...haha. Kehadiran puteri kesayangan memberi sinar kebahagiaan dalam sesebuah keluarga..Insya Allah.. Ameen
Yuyut(moyang) Arfa, nenek dan sepupu Arfa, Hareez sempat bergambar bersama
Selepas selesai menunaikan Solat Sunat Aidilfitri di masjid..kami semua berkumpul untuk membacakan Doa Selamat bersama sebelum menjamu selera...sape lagi yg kene bace doa..ambo la..hehe.Nasib doa selamat dah 'fi zihni' (dah hafal)
- MAAF ZAHIR DAN BATIN -