Sunday, February 10, 2013

Hepy Besday to my lovely wife...Ct Wahidah

 Kek besday untuk ummi tersayang yang ke-23! OPS!...yang ke-32...pada 9.2.2013(Sabtu)

 Nie letak lilin nie saje je tuk anak2 tiup...kak Arfa n adik Azraai tu pantang nampak kek mesti nak tiup lilin...hehe

 Inilah orang yang paling kami sayang...Sanah Helwah Ya Jamilah...Ummi Siti Wahidah...Semoga sentiasa sihat dan cekal dalam mendidik dan membimbing anak-anak hingga berjaya di dunia mahupun akhirat...Terima kasih kerana sentiasa memahami kami(baba & anak2) dan ragam anak-anak yang sedang membesar nie...

 3 beranak...Ummi, kak Arfa dan adik Azraai

Kami berempat bersama-sama kek blueberry...Family H

Gong Xi Fa Cai...2013

Family H mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada rakan-rakan yang beragama budha dan seluruh kaum cina di Malaysia...GONG XI FA CAI

Sunday, February 3, 2013

Kek besday anak saudara...hehe

Selamat Hari Lahir ye...mmuuaahhh...hehe

Alhamdulillah...mak Kluang dah mula beransur sihat

Alhamdulillah setelah hampir 2 minggu mak Kluang kena tahan wad di Hospital Melaka, kini mak Kluang dibenarkan pulang buat seketika di rumah berikutan keputusan pemeriksaan makan masa lebih dari dua minggu...tapi 5 Febuari nie mak akan ke Hospital Melaka kembali untuk tindakan susulan kepadanya...

Sama-sama kita doakan agar kesihatan mak bertambah baik dan sihat seperti sedia kala...InsyaAllah...Ameen

Friday, January 25, 2013

Salam Maulidur Rasul 1434H

Family H mengucapkan Selamat Menyambut Kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW pada tahun 1434H ini. Bertemakan "Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah".

Semoga kita semua akan dapat mencontohi sifat mulia Rasulullah SAW dalam apa jua perkara...kerana Hadith ada mengatakan Sebaik-baik akhlak adalah Akhlak Rasulullah...Selamat Bercuti...hehe

Sunday, January 20, 2013

Ibu mertuaku terlantar di Hospital Melaka...:-(

Assalamualaikum WBT...

Pada hari Jumaat yang lalu (18.01.2013), kami dikejutkan melalui panggilan dari kakak iparku memberitahu yang ibuku akan dimasukkan di wad Hospital Alor Gajah kerana demam...Selang beberapa minit diberitakan yang ibuku dah berada dalam kereta ambulans untuk dihantar ke Hospital Besar Melaka...Dikhabarkan ibuku kena demam kuning yang agak kuat juga...

Sekarang (hari ke-3) ibuku masih lagi terlantar di Hospital Melaka...check up demi check up dibuat untuk mengesan ape punca sakit kuning tersebut...ade yang kata ia berpunca dari masalah hati...walau bagaimanapun keputusan doktor akan diketahui esok (Isnin)...Semoga ibuku dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa dipelihara Allah hendakNya....ameen

Adik Azraai tolong susun selipar ye...hehe

 Waahhh...rajinnye anak bujang sorang nie...susun selipar ye...

Ops...silau ye dik...susun ye dik kasut2 tu...sikit je lagi...pandai anak ummi n baba nie...hehe...Alhamdulillah