Saturday, September 25, 2010

Arfa main bunga api...

Amboi2...bukan main lagi Arfa main bunga api ye...

Tengok tu...seboleh2nya Arfa nak pegang sendiri.x bagi baba dia pegang...konon nak main sendiri laaa...kite takut kang dia masuk dalam mulut je...
3 beranak beraya di rumah keluarga Abg Hairun di Kuala Sg Baru...tahun nie ber-3, tahun depan silap2 dah beraya berempat...ops...hehe

Thursday, September 16, 2010

Selamat Hari Malaysia ke-47

Hari Raya 2010

Sebahagian besar keluarga Hj Che Long & Hjh Salmiah Ismail...2 keluarga xde (family akak Tinie & family abg chik)

Mak & abah bersama keluarga H(Helmi,Hawe,Hamiema)...hehe

Bersama keluarga Abg Man & Kak Yatie

Menyantap makanan selepas Solat Hari Raya Aidilfitri di rumah mak abah di Seri Pengkalan Alor Gajah Melaka.

Haha...dah pandai anyam ketupat nie...:-)

Hem...bangga rasanye dapat anyam ketupat bawang nih..pasni leh amik tempahan menganyam...hihi

Ummu Arfa juga turut membantu baba menganyam ketupat sambil bimbing org yg baru nak belajar nie...hehe

awal2 subuh dah dok sibu menganyam ketupat bawang nih...pasni belajar anyam ketupat palas pulak...maklum la org utara n selatan skrg...

Haha...inilah hasil tangan aku wat ketupat bawang nie...huh, hampir give up juga memulanye...tapi ummu Arfa still nak ajar juga..Alhamdulillah berjaya akhirnye...skrg nie mcm gian pula nak anyam ketupat nih...hehe

Monday, September 6, 2010

Majlis Khatam al-Quran Surau al-Huda Seri Pengkalan

Assalamualaikum W.B.T
Alhamdulillah malam tadi 5 September 2010 (Ahad) bersamaan 26 Ramadhan 1431H, Surau al-Huda Seri Pengkalan berjaya menganjurkan Majlis Khatam al-Quran peringkat surau. Program ini merupakan aktiviti tahunan yang dijalankan di Surau al-Huda Seri Pengkalan.
Seramai 22 orang (11 lelaki & 11 perempuan) berjaya menghabiskan bacaan al-Quran 30 juzuk dalam bulan Ramadhan 1431H ini.

Tahniah buat Jawatankuasa surau yang berjaya menganjurkan majlis ilmiah ini. Semoga same2 mendapat Rahmat dan Keberkatan dari Allah tambahan pula malam tadi adalah malam 27 Ramadhan...
Arfa bergambar dengan bunga telur untuk Majlis Khatam al-Quran di Surau al-Huda Seri Pengkalan Alor Gajah Melaka.

Menerima cenderahari daripada Dato' Norpipah berupa tuala dan daripada Belia 4B Seri Pengkalan berupa kain pelekat...

Ummu Arfa juga bergambar kenangan dengan Dato' Pipah

Abah dan emakku juga mendapat cenderahati setelah selesai menghabiskan tadarus al-Quran 30 juzuk di surau tersebut.

Program Kacau Dodol 1Malaysia Taman Samarinda

"Kacau baba, jangan tak kacau dodol tu...nanti hangit pula..."said Arfa...

Ummu Arfa pun turut join program kemasyarakatan nie...mcm2 menu disediakan tuk menjayakan program kacau dodol nie...sup kambing, roti canai n mcm2 roti lagi, kari kambing, bihun, cendawan dan byk lagi la...air pula xyah ckp la...yg paneh ado yg sojuk pun ado...haha

Inilah muka2 yang bertarung hinnga ke titisan akhir...dari pukul 9.00 malam sampai la ke 5.00 pagi...siap mengomeh la...Tahniah kepada semua penduduk Taman Samarinda Pengkalan...