Setelah 3 kali buat bidaan...susah betul nak tembus nombor 1771 nie...Akhirnya berjaya juga dimiliki JYV1771 (Jalan Yang Victory 1771)...Syukur ke Hadrat Ilahi atas rezeki dan kurniaan ini...Aamiin
Baba bertugas sebagai teknikal untuk acara Hafazan Lelaki sekolah rendah dan sekolah menengah MQNKSS Peringkat Alor Gajah...bertempat di PKG Masjid Tanah, Melaka
2 hari mengawasi google meet dan breakout room tuk hafazan lelaki sekolah rendah, manakala hari Rabu (1 hari) menjurikan hafazan lelaki sekolah menengah...
AlhamdulilLah...semua berjalan lancar dengan izin-Nya...Aamiin
Majlis berbuka puasa peringkat SKMP tahun 2026...bermula dengan bacaan tahlil dan doa arwah...zikir selawat...solat maghrib berjemaah selepas berbuka puasa ringan (makan kurma, kuih dan minum air)...makan berbuka di kantin bersama anak yatim dan fakir miskin...seterusnya solat Isyak n terawikh berjemaah di dewan terbuka SKMP...AlhamdulilLah...semua berjalan lancar...Syukur...