Sunday, February 6, 2011

Pengalaman pertama menguruskan jenazah...

Assalamualaikum W.B.T

Cuti Tahun Baru Cina kali ini kami sekeluarga balik bercuti ke Kluang Johor...Rehatkan minda bersama keluarga Johor..Kami bertolak pada jam 12.00 tgh malam dan sampai pada pagi Khamis kira-kira jam 2.30 pagi..

Mak Kluang mendapat panggilan dari kampung Rengit bahawa selepas solat Jumaat, keluarga kampung nak adakan kenduri doa selamat untuk atok Iram dengan harapan atok cepat sembuh...Selepas selesai mengerjakan solat Jumaat, kenduri doa selamat berjalan seperti yg dirancang...Alhamdulillah semuanya berjalan lancar...

Selesai je kenduri, kami sanak saudara melakukan aktiviti seperti biasa...ada yang berborak2, menonton tv, keluar berjalan2, mengemas rumah dan tak kurang juga yg meluruskan tulang belulangnya (tido la)...termasuk la aku sekali...hehe...Tiba2, aku dikejutkan dengan panggilan orang kat dapur bagitau yang atok Iram jatuh kat bilik air...bergegas aku ke sane...aku tolong abg ipar n pakcik memapah atok Iram keluar dari tandas..Rupa2nya ketika kami sedang memapah atok, atok dah tiada lagi...kelam-kabut sekeluarga...

Dipendekkan cerita, aku n abg ipar aku (Ust Munsyi) menguruskan jenazah dari mandi sehinggalah kafan dan kebumikan arwah...pengalaman pertama mandikan jenazah secara live...

No comments:

Post a Comment