Tuesday, February 15, 2011

Salam Maulidur Rasul 1432H

Selamat Menyambut Ulangtahun Kelahiran Nabi SAW hari ini 15.02.2011...Salam Maulidur Rasul 1432H/2011M daripada kami Family 3H...
"1 Malaysia 1 Ummah"

Sunday, February 6, 2011

Pengalaman pertama menguruskan jenazah...

Assalamualaikum W.B.T

Cuti Tahun Baru Cina kali ini kami sekeluarga balik bercuti ke Kluang Johor...Rehatkan minda bersama keluarga Johor..Kami bertolak pada jam 12.00 tgh malam dan sampai pada pagi Khamis kira-kira jam 2.30 pagi..

Mak Kluang mendapat panggilan dari kampung Rengit bahawa selepas solat Jumaat, keluarga kampung nak adakan kenduri doa selamat untuk atok Iram dengan harapan atok cepat sembuh...Selepas selesai mengerjakan solat Jumaat, kenduri doa selamat berjalan seperti yg dirancang...Alhamdulillah semuanya berjalan lancar...

Selesai je kenduri, kami sanak saudara melakukan aktiviti seperti biasa...ada yang berborak2, menonton tv, keluar berjalan2, mengemas rumah dan tak kurang juga yg meluruskan tulang belulangnya (tido la)...termasuk la aku sekali...hehe...Tiba2, aku dikejutkan dengan panggilan orang kat dapur bagitau yang atok Iram jatuh kat bilik air...bergegas aku ke sane...aku tolong abg ipar n pakcik memapah atok Iram keluar dari tandas..Rupa2nya ketika kami sedang memapah atok, atok dah tiada lagi...kelam-kabut sekeluarga...

Dipendekkan cerita, aku n abg ipar aku (Ust Munsyi) menguruskan jenazah dari mandi sehinggalah kafan dan kebumikan arwah...pengalaman pertama mandikan jenazah secara live...

Atok Rengit pergi menyahut seruan Ilahi

Bismillah hir Rahman nir Rahim...Assalamualaikum W.B.T
Dukacita dimaklumkan di sini, pada hari Jumaat lalu bersamaan 4 Februari 2011...Hj Iram B. Sanang(atok ummu Arfa) telah menghembuskan nafasnya yang terakhir kira-kira jam 4.30 petang di kediamannya di Sri Merlong Rengit Batu Pahat Johor...Arwah pada ketika itu berusia lebih 80 tahun...sebelum arwah pergi menyahut seruan Ilahi, arwah ada mengadu sakit dada, hampir 2 hari terlantar di rumah..
Semoga roh arwah atok Iram sentiasa dicucuri Rahmat Allah SWT...

Gong Xi Fa Cai...

Kami Keluarga 3H ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada rakan-rakan yang meraikannya...dan Selamat bercuti...Have a nice day with lovely family...

Saturday, January 15, 2011

Family Abg Munsyi bertandang...

Amin, Effa n Hanin dalam kereta sebelum berangkat balik Kluang Johor...

Selamat jalan...Moga berjumpa lagi...Family Abg Munsyi singgah rumah kami pada 24 Dec 2010 sebelum berangkat balik kampung di Kluang Johor...Sempat lagi mereka ronda2 Melaka 2 hari dok sini...hehe

Cucu Atok..!

Alahai cucu atok tuuu....

Cube tengok Arfa Hamiema tu...makan pun nak ngan atok dia...padahal umi n baba dia ada kat situ...
nak wat camane kan...dok ngan atok dia, kompem leh dapat mcm2...atok...mane leh dengaq cucu dia nangis...huhu

Sunday, January 2, 2011

SELAMAT DATANG TAHUN 2011

Assalamualaikum W.B.T
2010 dah melabuhkan tirainye, kini muncul Tahun 2011 yang akan menemani kehidupan kita sebagai hamba Allah di atas muka bumi ini...Apa yang perlu kita lakukan adalah meneruskan kehidupan ini dengan seikhlas mungkin agar hidup diberkati Allah selalu...Yang mana azam 2010 belum terlaksana, fowardkan ke tahun 2011 nie...semoga niat yang baik akan diganjari Allah SWT dan berusahalah untuk melaksanakannya...Ameen