Tuesday, December 15, 2009

Mak dan adik Kluang datang Melaka

Bismillahir Rahman nir Rahim...
Pada 06 Disember lalu, mak Kluang dengan Amir (adik Hawe) datang berkunjung ke rumah kami di Taman Samarinda..Mereka datang dengan Abg Munsyi sekeluarga yg on de way balik Raub Pahang..
Sedar x sedar dah dekat seminggu juga mereka tinggal di sini..kesian mereka, aku x sempat nak bawa mereka ronda2 Bandar Melaka coz minggu tu minggu akhir aku kene jaga periksa STPM 2009..jadi Timbalan Ketua Pengawas pulak tu. so, x leh miss pagi n petang..xpe la mak n Amir ye, laen kali kami bawa mak gi jalan2 pusing Melaka..
Dalam perjalanan ke Stesen Bas Melaka Centre..Arfa bersama neneknye dan kak Juwa

Dari kiri ; Najwa, mak Kluang, ummi Arfa dan Amir (adik dari Kluang)

Arfa ketiduran dalam dakapan babanye sementara menunggu nenek nak berangkat balik kampung Rengit..Mak Kluang dengan Amir nak balik awal coz ada kenduri saudara dekat di kampung..kalau x, boleh saing kami naik kereta hari Ahad..

Sunday, December 6, 2009

Di atas walker & kereta sorong

Bismillahir Rahman nir Rahim..Assalamualaikum W.B.T
Gambar Arfa mula belajar berjalan menggunakan walker. Mula2 Arfa duduk dalam walker, Arfa hanya bergerak ke belakang(undur) jer..tak pandai nak ke depan..gerak gerak sampai ke dinding..hehe,sekarang dah boleh la sket jalan ke depan..

Alah comelnye anak baba n ummi nie senyum dalam kereta sorongnye

Hah,,. tu kenapa pulak tu..geram ke ape tu...

Arfa bersama umminye dan maksu nye

Arfa dah mula makan nestum

Bismillahir Rahman nir Rahim..Assalamualaikum W.B.T
Awal bulan 12 2009 nie, anak kesayangan kami Arfa Hamiema dah mula diberi makan Nestum. Hem, agak susah juga tekak Arfa nak terima makanan tu pada mulanya..mesti dia akan luahkan atau sembur nestum tu balik..hehe

"Abuurrrrr" itulah semburan yang dilakukan oleh Arfa setiap kali disuapkan nestum kepadanya. kalau bagi air bukan main laju je ditelannya..tak pe la sementara nak biase je..kan Arfa kan..

Thursday, December 3, 2009

Arfa sunat...

Baru-baru nie, pada 1 Dis 2009, aku dan zaujahku bawa Arfa Hamiema ke Klinik Noor Shiela Alor Gajah untuk dikhatankan...waktu tu usianya sudah 5 bulan 5 hari..Huh, risau juga dibuatnye. dah la Arfa baru baik demam selepas kene injet..nie nak sunat pula. Agak lambat juga kami bawa Arfa sunat coz tak tahu masa yang sesuai..aku ingatkan sunat budak perempuan macam budak lelaki, rupe2nye tak..

Sekejap je khatankan Arfa..aku dah risau takut dia melalak2...tup tup dah siap. sikit pun Arfa tak menangis..hehe. Alhamdulillah. Sebelum ini aku selalu bawa n tengok budak lelaki khatan, nie baru first time aku tengok dan tahu bagaimana anak perempuan di khatankan..Subhanallah..فكل علم من الله Ok itu je. Assalamualaikum...

BAITI JANNATI..:-)

Bismillahir Rahman nir Rahim.. Assalamualaikum W.B.T
Inilah rumah saya Hj Helmirizal Bin Hj Che Long dan keluarga. Alhamdulillah secara rasminya kami duduk pada 3 November 2009 bersamaan hari Selasa. Kepada sahabat2 dan sesiapa yang mengenali, sebarang surat-menyurat selepas ini boleh la hantar di alamat berikut :
HELMIRIZAL BIN CHE LONG,
KM 4583, JALAN SAMARINDA 3,
TAMAN SAMARINDA, PENGKALAN,
78000 ALOR GAJAH MELAKA.

Arfa demam..





Link

Arfa nak pergi injet (5 bulan)