Saturday, August 15, 2009

Pengalaman pertama yang mendebarkan

Salamz..

Tanggal 26 Jun 2009, aku dikejutkan seawal subuh oleh isteriku yang bangun dalam keadaan cemas. Isteriku menyatakan bahawa hari ini kandungan yang digendongnya selama 9bln 10 hari sudah ada tanda untuk keluar iaitu air mentuban dah pecah..

Hatiku bercampur baur antara cemas dan bersahaja kerana aku tidak menjangka langsung hari tu adalah saat yg ditunggu2. Doktor menjangkakan 28 jun, so aku pun masih dengan selambanya mandi n solat subuh dulu sebelum ke hospital. Isteriku pula sempat menggoreng nasi untuk alas perut pada pagi tue..

Sampai di Hospital Melaka hampir jam 7.15 pagi, aku terus ke Bahagian Kecemasan. Alhamduillah ada je orang yang menyambutnya seperti yang disaran oleh 'sister' semasa hadir kursus peneman hujung bulan 5 lepas. Urusan aku juga dipermudahkan Allah dengan tempat parking kereta kosong untuk aku..Hosp. Melaka nie memang terkenal dengan susah nak cari parking...

Aku bergegas ke Lavel room untuk melihat isteriku tetapi tidak dibenarkan masuk buat seketika. Kira2 jam 9.00pagi aku dipanggil untuk masuk ke bilik No.8. Sambil menemani isteriku yang menghitung masa, aku melihat jururawat mundar-mandir melihat bilik2 lain untuk menyambut kelahiran bayi. Lebih 5 6 bayi juga lahir sebelum isteriku. Jadi aku juga merasai keriuhan di dalam lavel room tue..

Dalam pukul 11.00 pagi, isteriku mula merasa sakit nak bersalin. Aku terus memangil jururawat. Berderau juga darah bila melihat isteriku macam tak berdaya nak meneran tapi kelibat bayi baru nampak rambut saja.Usaha punya usaha akhirnya tepat jam 11.45pagi cahaya mata pertamaku telah kelihatan keluar di depan mataku. Bayi tersebut adalah seorang puteri..Alhamdulillah..Terus aku ambil wudhuk untuk azan dan iqamahkan puteri kesayanganku...Aku melangkah keluar dengan rasa bersyukur dan bangga kerana aku kini bergelar "BABA"

No comments:

Post a Comment