Monday, September 6, 2010

Majlis Khatam al-Quran Surau al-Huda Seri Pengkalan

Assalamualaikum W.B.T
Alhamdulillah malam tadi 5 September 2010 (Ahad) bersamaan 26 Ramadhan 1431H, Surau al-Huda Seri Pengkalan berjaya menganjurkan Majlis Khatam al-Quran peringkat surau. Program ini merupakan aktiviti tahunan yang dijalankan di Surau al-Huda Seri Pengkalan.
Seramai 22 orang (11 lelaki & 11 perempuan) berjaya menghabiskan bacaan al-Quran 30 juzuk dalam bulan Ramadhan 1431H ini.

Tahniah buat Jawatankuasa surau yang berjaya menganjurkan majlis ilmiah ini. Semoga same2 mendapat Rahmat dan Keberkatan dari Allah tambahan pula malam tadi adalah malam 27 Ramadhan...
Arfa bergambar dengan bunga telur untuk Majlis Khatam al-Quran di Surau al-Huda Seri Pengkalan Alor Gajah Melaka.

Menerima cenderahari daripada Dato' Norpipah berupa tuala dan daripada Belia 4B Seri Pengkalan berupa kain pelekat...

Ummu Arfa juga bergambar kenangan dengan Dato' Pipah

Abah dan emakku juga mendapat cenderahati setelah selesai menghabiskan tadarus al-Quran 30 juzuk di surau tersebut.

No comments:

Post a Comment