Sunday, November 27, 2011

Assalamualaikum WBT...

1 Muraham detik permulaan,
Perkiraan tahun Islam Hijrah,
Perpindahan Nabi dan umat Islam,
Dari kota Makkah ke Kota Madinah...

Kami keluarga H ingin mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Hijrah 1433H pada hari ini 27 November 2011(Ahad) bersamaan 1 Muharam 1433H

Semoga kehadiran tahun baru ini akan membuka semangat baru kita semua untuk meningkatkan amalan dan keperibadian lebih cemerlang berbanding tahun2 sebelum ini...Sama2lah kita berazam untuk menjadi lebih baik lagi berbanding tahun lepas...

Apakah azam baru anda semua 1433H nie...?
Jangan la senaraikan sampai tak cukup kertas kajang azam baru tahun ini tetapi satu pun tak terlaksana...Kalau tak boleh buat semuanya jangan sampai tinggalkan semua...
Azam saya (Baba Arfaazraai) tahun nie ada 3 sahaja...moga2 ianya dapat terlaksana dengan baik hingga ke tahun berikutnya...Insya Allah...

1. Menepati waktu samaada dalam menunaikan ibadah ke hadrat Allah mahupun janji temu sesama insan.
2. Qiraatul Quran li kulli yaum alal aqal safhah wahidah...
3. Exercise every day...hehe

No comments:

Post a Comment